MEMPROMOSI PRODUK ANGGOTA KE SELURUH MALAYSIA
Koperasi menyediakan platform laman web e-dagang kepada anggota yang memiliki produk untuk dipasarkan bukan sahaja di Borneo tetapi sehingga ke Semenanjung Malaysia. Juga telah ada inisiatif memasarkan ke negeri Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan.